Friday, July 10, 2009

aQil masuk wad

sori ida...tak sempat nak jawab tag awk...aku cuti 3hari sebab aQil masuk wad...lepas balik keje ari isnin, aku amek aQil kat rumah pengasuh dia...masa tu ok je..pengasuhnya pun cakap aQil dah sihat n minum susu macam biasa...sebab pg tu badan dia dh panas..

Sampai je rumah, mcm biasala aku duduk kat bawah dulu melayan aQil main, belek2 buku, panjat2..bila dia dah penat n ngantuk baru aku naik atas...biasanya dalam pukul 7.30 baru aku naik atas mandi sembahyang, layan aQil sambil tgk tv jap...pastu tido...

malam tu aQil tak boleh nak tido sebab dari pukul 6ptg aku bg dia susu dia xnak..aku ingatkan dia nak tumbuh gigi sebab air liur dia meleleh je...sampai baba dia balik aqil tak boleh nak tido, lapar disebabkan dia tak boleh nak menelan...hubby aku terus suruh aku bersiap n tanpa berlengah terus ke hospital...sampai kat hospital terus ke emergency..doktor terus memeriksa tekak anak aku..katanya ade merah2 di kawasan tekak aqil...tu yg menyebabkan aqil tak boleh nak menelan susu/makanan...dan sebab tu jugakla dia nangis...lapar rupanya anak aku.kesian aQil..
doktor bagitau aku n hubby yg aqil terpaksa dimasukkan ke wad, masukkan air sebab dia tak makan n minum dari petang...aku memang tak bawak ape2 termasukla susu aQil...nak balik dah pukul 1pagi...memandangkan aQil taknak susu..kitaorg stay jela..esok pagi baru hubby aku blk ambil keperluan untuk aku, aQil n dia skali..
3 hari jugk aku kt hospital...berkampung kat sana...kami amek cuti 3 hari untuk sama2 jaga aqil...
Pagi semalam doktor check aqil n Alhamdulillah..merah2 kat tekak aQil dah xde n aQil dah boleh balik...seronokla aqil sebab masa kat wad dia tak boleh nak aktif macam kat rumah...merangkak n bermain...kitaorg pun boring jugak...asyik makan,tgk tv n tido..
sampai je kat rumah, apelagi aQil terus mintak dilepaskan....terus dia merangkak ke sana sini...panjat tangga..panjat sume yang blh panjat...lepas geram la tu...kesian anak mama..kat wad dia tak boleh nak bergerak bebas sebab tgn dah terikat dengan tiub saluran air..
~hujung bulan nanti aQil dh setahun..mama doakan aQil agar sembuh sepenuhnya dan diberikan kesihatan yang baik..takde demam2 lagi tau sayang...
nanti aku postkan gambar2 aQil masa kat hospital...
~bersambung dgn episod lain~

2 comments:

EdaManAli said...

sihat doh bdok busuk, aqil??? msuk wad laa...kecik2...

ratu hatiku said...

Alhamdulillah...sihat doh..nok make ubat..macam satu penderaan..
tula..besar nanti takde sakit2 lagi doh..AMIn