Masih lagi di bulan syawal walaupun dah lebih seminggu menyambut hari raya...disini aku ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan sekiranya ade tersilap tutur dan kata manala tahu kot2 ade yang terasa dengan coretan dan kata2ku...sebagai manusia biasa memang tak pernah lari dari membuat kesilapan..tiada yang sempurna dimuka bumi ini melainkan yang Maha Esa.
Badan masih lagi terasa kepenatan...tahun ni aku menempuh jem balik dari berhari raya dari kampung...mana tak penatnya dari kelantan ke kuantan perjalannya sepatutnya 5jam je tapi melarat ke 9jam..nasib baik ade transit di kuantan..kalo tak mahunya keras punggung kat dalam kete...dengan anak2ku yang xpenah duduk diam..bilala agaknya anak2 mama nak duduk diam kat dalam kete...diaorg pun dah naik bosan..aku yang jadi mangsa..anak2 ku bukannya nak duduk kat seat belakang walaupun xde org...aQil tgk mood dia la...kalo aLya adela alasan sebab kene duk depan sebab dia stil lg BF...tu pun pegi kejap2 je kat belakang..xsempat nak betulkan pinggang dah kedepan lagi...time singgah kat masjid bukan main seronok lagi diaorg berlari2..tapi sekejap jela...
berbalik pada cerita di hari raya...raya tahun ni buat lemang,ketupat,nasi minyak...kami Aqiqah aLya jugak memandangkan aLya belum di aqiqahkan lagi....jadi kami sepakat untuk menyembelih seekor kambing biri2 dan dijadikan masakan untuk jamuan pada hari raya...raya tahun ni semua berkumpul di kelantan...pagi2 pergi sembahyang raya, balik dari sembahyang raya ziarah kubur arwah cek..then baru melawat rumah2 kakak...tak kemana2 pun memandangkan jalanraya yang sesak dikelantan setiap kali raya..tunggu org jela datang rumah..aku xsanggup nak menempuh jem..
raya ke5 kami bertolak ke kuantan n esoknya balik jb...so, bermulala rutin harian seperti biasa..
jom layan gambar2 yang xseberapa...
~Suamiku memulakan tugas untuk membuat lemang~
~anak2 kehairanan melihat kepala kambing~
~orang sibuk bergambar, dia sibuk nak tido~
~aQil&aRiq~
~org rambut pacak,dia pun nak pacak jugak~
~ibuku yang tercinta~
~aLya tido~
~bersama sepupu2nya~
~my niece@SIL~
~Family abang nasir~
~Family kak yah~
~ Family besar Hjh.Jarah~
~Family abg ajis~





0 comments:
Post a Comment